Wednesday, July 28, 2010

Matsa


Product Name : MATSA
Price : MYR 45.00
Quantity : 1








Matsa merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains homeopati yang berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya yang melibatkan proses pemikiran sains dan matematik.


Matsa mengandungi ramuan Dinamik Nux Vomica, Calcarea Carbonica Ostrearum dan Faktor S 200.

Sesuai sangat dengan pelajar yang lemah, pelupa, selalu silap istilah, payah berfikir tentang timbangan, jarak, berat, kurang tumpuan dan malas.

Faktor S 200: Mudah lupa fakta seperti nama dan tarikh. Mudah kecewa dan putus asa.

Tindakbalas MATSA

Proses mengira memerlukan tumpuan yang tajam dan keupayaan logika yang tinggi. Biasanya apabila kita tidak dapat jawapan yang betul atau payah sangat hendak faham dan menyelesaikan masalah hisab (matematik dan sains) kita mudah putus asa dan menjadi marah. kemudian perasaan kita bertukar menjadi benci terhadap matapelajaran tersebut.InsyaAllah dengan mengambil formulasi MATSA semua ini akan selesai dan anda akan nikmati suasana tenang dan senang dengan kerja mengira dan berfikir. MATSA bertindak merangsang dan mengaktifkan otak kiri yang terlibat dengan proses pengiraan, logik dan pemadanan istilah.

Peringatan

Apabila MATSA bertindak mendatangkan perubahan ke arah kecemerlangan minda anda, jika terdapat sebarang keracunan dalam tubuh, ia akan memaksanya keluar dalam bentuk ruam atau bisul atau mungkin sedikit sakit kepala atau demam. Jangan bimbang dengan proses pembersihan ini. Racun dalam badan adalah antara penyebab gangguan minda menyebabkan masalah-masalah berkaitan keupayaan mengira, menaakul dan mengistilah.

Sejarah MATSA

Dalam tahun 1998, Prof Dr Azizan Hj Ismail telah dijemput menjalankan eksperimen dengan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR di sebuah sekolah kebangsaan di Padang Rengas, Perak. Dengan kebenaran ibubapa dna penjaga, semua murid darjah 6 sekolah berkenaan diberikan makan EXAMO-CKM 500 setiap hari dan EXAMO-CKM 500 Plus setiap minggu sebulan sebelum peperiksaan.

Menurut Ustazah Jamilah Haji Ismail, salah seorang guru yang terlibat dengan projek berkenaan, hasilnya secara menyeluruh terdapat peningkatan keputusan daripada 30% kelulusan tahun sebelumnya, kepada 70%. Prof Dr Azizan kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Beliau hendakkan sesuatu yang lebih meyakinkan lagi.

Oleh yang demikian, apabila beliau mendapat pelawaan untuk membantu murid-murid di sekolah kebangsaan di Mukim Sala, Kedah, beliau terus bersetuju kerana ini akan memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan kajiannya. Beliau mendapati ramai juga murid di situ yang agak lemah dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Hal ini dimaklumkan oleh guru dan guru besar sekolah berkenaan. Suatu rumusan khas iaitu MATSA telah disediakan oleh beliau untuk membantu murid-murid yang lemah dalam kedua subjek tersebut.

Dalam usaha tersebut, 23 orang pelajar telah dipilih daripada kalangan murid yang prestasi paling corot dalam Matematik dan Sains. Mereka diberikan rumusan MATSA yang dibekalkan secara PERCUMA kepada kumpulan murid tadi.

Hasil daripada usaha itu dan kerjasama serta kesungguhan daripada pihak guru dan ibubapa, keputusan sekolah itu meningkat daripada 38.6% pada tahun sebelumnya telah melonjak naik kepada 60.6%. Daripada kalangan 23 murid itu pula, palajar yang lulus subjek Matematik (100%) manakala Sains (95.65%) malahan ada antaranya yang memperolehi pangkat A untuk matematik dan Sains.

Amalan Yang Dapat Membantu

Adalah dinasihatkan agar anda memberikan kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan, produk-produk berikut mulai sekarang:

1.MATSA
2.EXAMO-CKM 500
Berikan 3 atau 4 kali sehari. Berikan pagi semasa hendak ke sekolan, waktu petang dan malam. Bilangannya boleh dilebihkan daripada biasa. Jika biasa mengambil 4 biji, boleh dilebihkan hingga 6-8 biji sekali makan.
3.EXAMO-CKM 500 Plus
Biasanya diberikan seminggu sebiji, tetapi dalam keadaan hendak menghadapi peperiksaan, pengambilan boleh dikerapkan 3 hari sekali.
4.STAMINEX
Memadai diberikan 2 kali sehari, sebelumanak ke sekolah dan malam. STAMINEX membantu menenangkan tidur dan menghilangkan lenguh-lenguh dna sakit-sakit akibat kegiatan waktu siang. Disamping itu ia memberi tenaga khusus untuk kuat berfikir.
5.REMEDI HOMEOKIT NO 10
Seminggu sebelum anak menduduki peperiksaan atau ujian penting, mulakan memberikannya REMEDI HOMEOKIT No 10. Remedi ini akan mendatangkan ketenangan jiwa dan minda dan dengan itu menghilangkan keresahan dan rasa takut dan cemas hendak menghadapi peperiksaan. INGAT: Mula berikan 1 minggu sebelum peperiksaan. InsyaAllah ia akan membantu anak anda menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin.
6.DOA
Berikan doa-doa yang mudah dan ringkas untuk dijadikan amalan kepada anak-anak. Berkat doa ibu bapa juga turut membantu anak-anak. Ada juga yang menyarankan agar mengamalkan Doa Kanzal Arasy (terdapat dalam buku Yasin Majmu') setiap kali lepas solat. Galakkan anak Selawat kepada Baginda Rasulullah.
7.SOLAT HAJAT
Galakkan anak melakukan solat HAJAT sebelum menghadapi peperiksaan.
8.MAKANAN
Berikan makanan yang tidak menimbulkan alergi seperti gatal-gatal, kerana ini akan meresahkan anak yang sedang menduduki peperiksaan. Biasanya yang boleh menimbulkan gatal ialah udang, ketam, sotong, belacan. ayam dan daging.

No comments:

Post a Comment